HUBUNGI PUSAT RESPONS SCAM KEBANGSAAN (NSRC) JIKA ANDA ADALAH MANGSA JENAYAH SIBER

NSRC adalah pusat operasi untuk menyelaraskan tindak balas pantas terhadap penipuan kewangan dalam talian.

Di antara penipuan kewangan dalam talian ini adalah memancing data (phishing), Macau scam, serangan perisian hasad (malware), penipuan penghantaran barangan atau bungkusan (parcel scam) dan love scam.

Adalah diingatkan bahawa NSRC, PDRM, BNM atau institusi perbankan hanya akan menghubungi anda sekiranya anda sudah membuat laporan insiden penipuan kepada pihak tersebut. Pihak tersebut tidak akan sama sekali meminta maklumat perbankan peribadi anda, contohnya nama pengguna (username), kata laluan, nombor PIN, TAC atau OTP.

Rujuk link untuk maklumat lebih lanjut : https://nfcc.jpm.gov.my/index.php/soalan/mengenainsrc

Source: National Anti-Financial Crime Centre _ NFCC Official


DUN Bandar Utama anjur pemeriksaan kesihatan percuma Sabtu

SHAH ALAM, 14 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama menganjurkan program pemeriksaan kesihatan percuma pada Sabtu ini.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata program dengan kerjasama Hospital Assunta Petaling Jaya itu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Program ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan penduduk Kampung Sungai Kayu Ara dengan syarat berpendapatan RM2,500 dan ke bawah,” katanya.

Mereka yang berminat boleh mendaftarkan diri menerusi pautan http://tiny.cc/KlinikKayuAra bersama dokumen yang lengkap.

Bagi yang ingin memohon kad SWOP (Program Pesakit Luar Kebajikan Masyarakat) Hospital Assunta, diminta sertakan salinan slip gaji atau bukti pendapatan bulanan atau surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi talian hotline 016-6849371.

Source: SelangorKini